Followers

Tuesday, October 25, 2011

Sebenaqnya

Sebenaqnya pak cik nak tulis pasal isu minyak negara, tapi laporan temubual pak cik tinggal dalam laptop orang tua pak cik..Adoii. Takpa, nanti balik rumah pak cik amik. Sebenaqnya, harga minyak negara sekarang nih sudah cukup berpatutan sudah. Kenapa?..ada lar sebabnya. Sebenaqnya juga, harga minyak kita bole diturunkan lagi tau..Inilah yang dipanggil pro dan kontra sesuatu isu..Xpa, nanti kita bincang lain. Satu lagi, kawan pak cik ada berkongsi dengan pak cik perbicaraan lengkap Mona Fandey. Siapa Mona Fandey nih?..nak tau, tungguuuuuuu..Happy Diwali to Indian citizen




..

Kenangan Semester 1 di Matrikulasi Kedah


Salam kawan2,

Amboi..Lama sungguh pak cik tak menulis dalam blog nih. Almaklumlah, kerja sana-sini sampai lupa password dgn username yang pak cik pakai untuk masuk dalam blog ni balik.Haha.Entah, tetiba mood berblogging datang menerpa pak cik. Tengah pak cik dok susun semua fail2 pak cik yang berteraboq dalam laptop pak cik nih, pak cik terjumpa beberapa video dan gambar2 pak cik waktu pak cik dalam kelas H6P4. Dalam banyak2 kenangan di zaman matrikulasi dulu, kenangan di H6P4 adalah kenangan yang pak cik tak boleh lupakan dan terus segar di minda. Dalam kelas inilah, pak cik belajar tentang erti persahabatan, mendalami masalah kawan2 yang lain. Dalam kelas nilah, pak cik rasa sungguh selesa belajar di KMK dulu. Sebelum masuk matrik, kawan2 sekerja dengan pak cik dulu pakat2 dok habaq yang matrik ni susah, depa ni kerja belajaq saja, saling x kenal-mengenali antara satu sama lain. Tapi kan, dalam praktikum ni, semua jadi terbalik. Dalam praktikum nilah, kita ketawa sekali, menangis sekali, mandi hujan sekali (haha...statement bahaya nih) dan berkelolo sekali (teringat aku dekat seorang yang selalu guna term ni dulu..haha). Sedar tak sedar kan, kita rajin buat jamuan kecil-kecilan kan..Haha..Bila masuk semester 2, hipotesis-hipotesis yang kawan-kawan sekerja pak cik dulu mula hendak diterima. Iyalah, mungkin dalam semester nih, banyak tekanan2 dari luar yang menerpa. Ada yang perlu menggandakan usaha seoptimum mungkin untuk membaiki PNG yang kurang memuaskan sebelum ni, ada yang perlu mengekalkan PNG yang sedia ada. Tambahan, semester 2 ni pendek dan lebih padat berbanding semester 1.Kalau diberi tempoh yang lebih lama, mungkin kenangan semster 1 dulu boleh disamakan dengan semester 2 (sapa yang nak extend matrix, cari nahas tuh..haha)..Tapi, semester 2 pun tidak kurang hebatnya, cuma kita tidak sempat hendak mengenali dengan lebih lama. .(x pa, nanti pak cik bercerita tentang kenangan semester 2 pulak..:)
Kelas H6P4 yang tercinta..

Dalam kelas ni kan, macam -macam perangai dan fiil ada. Ada yang gila2 (pak cik r tuh..) ada yang memang well-educated lah katakan, ada yang shy-shy cat ada yang serius (ada ke?), macam2 ada lar..Tapi, dalam banyak2 benda kan, waktu praktikal pembedahan Rattus norvegicus atau lebih dikenali sebagai tikus putih atau lab rat ( betoi tak Pidot, hang kan stadi Biodiversiti) adalah kenangan paling bes sekali. Pak cik tak boleh lupa waktu kita 'sesah' tikuih tu idop2..haha..Ni, pak cik upload sedikit video penerangan pembedahan dari Cg Aziemah.







Maap noh, kalau visual tidak memuaskan. Biasalah, 2MP ja pixel dia.haha.Kalau tak boleh play, sori noh..

Ni dia satu video lagi waktu kita kehujanan..Ingat tak kawan2?



Pak cik cukup suka kelas nih. Pak cik harap perhubungan kita akan terus kekal hingga anak cucu..Whoaa, jauh tuh..Pak cik rasa cukuop r takat nih. Pak cik nak masuk tidoq dulu noh. Sebelum pi, pak cik tinggalkan beberapa gambaq tentang kita. Disini, pak cik nak mengucapkan Selamat Hari Raya India, tapi orang panggil Deepavali..Hmm..Salam semua.