Followers

Tuesday, October 25, 2011

Sebenaqnya

Sebenaqnya pak cik nak tulis pasal isu minyak negara, tapi laporan temubual pak cik tinggal dalam laptop orang tua pak cik..Adoii. Takpa, nanti balik rumah pak cik amik. Sebenaqnya, harga minyak negara sekarang nih sudah cukup berpatutan sudah. Kenapa?..ada lar sebabnya. Sebenaqnya juga, harga minyak kita bole diturunkan lagi tau..Inilah yang dipanggil pro dan kontra sesuatu isu..Xpa, nanti kita bincang lain. Satu lagi, kawan pak cik ada berkongsi dengan pak cik perbicaraan lengkap Mona Fandey. Siapa Mona Fandey nih?..nak tau, tungguuuuuuu..Happy Diwali to Indian citizen




..

Kenangan Semester 1 di Matrikulasi Kedah


Salam kawan2,

Amboi..Lama sungguh pak cik tak menulis dalam blog nih. Almaklumlah, kerja sana-sini sampai lupa password dgn username yang pak cik pakai untuk masuk dalam blog ni balik.Haha.Entah, tetiba mood berblogging datang menerpa pak cik. Tengah pak cik dok susun semua fail2 pak cik yang berteraboq dalam laptop pak cik nih, pak cik terjumpa beberapa video dan gambar2 pak cik waktu pak cik dalam kelas H6P4. Dalam banyak2 kenangan di zaman matrikulasi dulu, kenangan di H6P4 adalah kenangan yang pak cik tak boleh lupakan dan terus segar di minda. Dalam kelas inilah, pak cik belajar tentang erti persahabatan, mendalami masalah kawan2 yang lain. Dalam kelas nilah, pak cik rasa sungguh selesa belajar di KMK dulu. Sebelum masuk matrik, kawan2 sekerja dengan pak cik dulu pakat2 dok habaq yang matrik ni susah, depa ni kerja belajaq saja, saling x kenal-mengenali antara satu sama lain. Tapi kan, dalam praktikum ni, semua jadi terbalik. Dalam praktikum nilah, kita ketawa sekali, menangis sekali, mandi hujan sekali (haha...statement bahaya nih) dan berkelolo sekali (teringat aku dekat seorang yang selalu guna term ni dulu..haha). Sedar tak sedar kan, kita rajin buat jamuan kecil-kecilan kan..Haha..Bila masuk semester 2, hipotesis-hipotesis yang kawan-kawan sekerja pak cik dulu mula hendak diterima. Iyalah, mungkin dalam semester nih, banyak tekanan2 dari luar yang menerpa. Ada yang perlu menggandakan usaha seoptimum mungkin untuk membaiki PNG yang kurang memuaskan sebelum ni, ada yang perlu mengekalkan PNG yang sedia ada. Tambahan, semester 2 ni pendek dan lebih padat berbanding semester 1.Kalau diberi tempoh yang lebih lama, mungkin kenangan semster 1 dulu boleh disamakan dengan semester 2 (sapa yang nak extend matrix, cari nahas tuh..haha)..Tapi, semester 2 pun tidak kurang hebatnya, cuma kita tidak sempat hendak mengenali dengan lebih lama. .(x pa, nanti pak cik bercerita tentang kenangan semester 2 pulak..:)
Kelas H6P4 yang tercinta..

Dalam kelas ni kan, macam -macam perangai dan fiil ada. Ada yang gila2 (pak cik r tuh..) ada yang memang well-educated lah katakan, ada yang shy-shy cat ada yang serius (ada ke?), macam2 ada lar..Tapi, dalam banyak2 benda kan, waktu praktikal pembedahan Rattus norvegicus atau lebih dikenali sebagai tikus putih atau lab rat ( betoi tak Pidot, hang kan stadi Biodiversiti) adalah kenangan paling bes sekali. Pak cik tak boleh lupa waktu kita 'sesah' tikuih tu idop2..haha..Ni, pak cik upload sedikit video penerangan pembedahan dari Cg Aziemah.







Maap noh, kalau visual tidak memuaskan. Biasalah, 2MP ja pixel dia.haha.Kalau tak boleh play, sori noh..

Ni dia satu video lagi waktu kita kehujanan..Ingat tak kawan2?



Pak cik cukup suka kelas nih. Pak cik harap perhubungan kita akan terus kekal hingga anak cucu..Whoaa, jauh tuh..Pak cik rasa cukuop r takat nih. Pak cik nak masuk tidoq dulu noh. Sebelum pi, pak cik tinggalkan beberapa gambaq tentang kita. Disini, pak cik nak mengucapkan Selamat Hari Raya India, tapi orang panggil Deepavali..Hmm..Salam semua.




Tuesday, July 19, 2011

KL Real dengan KL, KuLIm

Aii..lama pak cik tak menulis.Iyolah, dengan sibuk bekerja dan hal2 yg berkaitan..Haha..Siapa kata hidup kita ni susah. Bila mintak kat pak 5 ringgit nak topup, tidak diberinya. Bila mintak sepuluh ringgit nak p hang out dengan kawan-kawan, tidak dilayan. Bila dimintak belikan motor Lc, dibelinya Honda EX5, second hand pulak r tuh. Bila mintak mintak Nokia C3, diberinya nokia C nya yang lama. Nokia 3310 yang CABUK..Bila jadi lagu nih, mula kita nak rasa bebai, rasa nak mengamuk, mcm nak jahanamkan diri sendiri, biaq orang tua kita sedih. Baru puas hati aku. HAHA. Ni dia, pak cik ada cerita, satu cerita yang diceritakan oleh pak cik tentang erti kehidupan dan kasih sayang. Waktu cerita: 11.30 tengah malam sampai 2 pagi. Tarikh: 05.06.2011..Teruskan pembacaan anak-anak noh..

Satu malam di kedai di KL (KELANG LAMA daa..)

Ni Mal, hang nak tau tak macam mana aku boleh sampai KL Kedah nih.Sebenaqnya, bukan senang aku nak sampai sini..Dulu, aku dok KL (Kuala Lumpur). Hang tau, life kat sana totally 360 degree r aku boleh kata berbeza dengan sini. Aku sejak dari Tingkatan 3, dah mula start lepak2 dengan kawan2 aku. Kebetulan pulak, kawasan perumahan aku nih dok dalam lingkungan perumahan orang kaya-kaya. So, aku lepak dengan anak orang kaya r. Hang tau tak, kat sana berkawan dengan depa nih bes..Bab enjoy nih, hang tak yah dok berkira r..boleh kata kalau aku x balik rumah seminggu nih, kira standard r..Kalau kat sana, kawanlah orang paling penting..Kalau ada masalah, depa la yang first2 mai tolong kita..Hang kalau dok sorang2 minum kat sana, tiba2 hang nak join mana2 grup kat situ, x dak masalah punya la..Depa x kan usyar pelik punya. Cina, Melayu, India semua tu x dak hal r..Semua masuk saja..Midvalley, Damansara Curve, One Utama, KLCC ni kira rumah kedua aku r kalau kat sana..Ada satu hari tuh Mal, ada la sorang anak orang kaya nih, teringin sangat nak naik motor, almaklumlah, bapak dia beli Accord kat dia sebijik, dan x kasi dia naik dan beli motor, sebab takut kulit gelap..Aku pun tumpangkanlah dia ke Damansara Curve. Tiba-tiba kan, tengah perjalanan ke sana, hujan lebat..Abis basah kami dua..Pastu kan Mal, dia ajak aku p butik..Masuk saja butik tuh, semua orang usyar pelik r kami. Kan basah2, masuk butik pulak..Dia beli baju, jeans, rayband, kasut..Boleh kata complete satu set r baru..Bukan kat dia, malah dia belanja aku sekali..Slide ja credit card, siap..Pastu, kami on the spot tukar tros baju..PAstu kan, aku tanya dia, ni baju lama hang nak buat pa..hang tau dia kata pa, dia kata tinggal ja kat fitting room nih.. ada lah orang collect nanti..Kaya sampai macam tuh Mal..Kalau pi makan dengan depa kan, hang x pyah keluaq satu sen pun..Semua depa belanja..Wayang? x payah beratur dah..Kat rumah lagi depa dah booking seat dah..Boleh kata, poket aku lebat dengan duit depa je lah..Orang yang betol2 kaya ni kan, depa ni pemurah..Dressing depa pun simple ja..Yang x boleh tahan orang yang berlagak kaya r..Orang middle ja, dressing kalah anak orang kaya..haha..Kerja? lagilah senang, kerja banyak gila kat sana..Aku boleh tahan sebulan ja paling lama kerja kat satu2 tempat..Kerja mudah ja, hang dressing lawa2, kerja kat butik..gaji masyuk..seribu lebih sebulan, tapi gaji aku tuh, x sampai seminggu abis r, p enjoy, lepak sana sini..Family aku? depa nombor dua r..pak aku businessman, tapi pak aku nih lebih sayangkan adik aku..Aku geram betol..Ada satu ketika tu kan Mal, bapak aku beli handphone Nokia canggih punya kat adik aku (penulis lupa akan brand Nokia itu..haha). Kira dalam adik beradik, dia lah yang pertama sekali pakai phone. Aku kan, dengan duit bapak aku yang 20 ploh ringgit seminggu waktu aku kat asrama dulu, aku kumpul sikit2..Last2, boleh beli Nokia Butterfly, second plak tuh..Hang tau tak Mal, apa pak aku kata kat aku..Dia kata, "Takat ni ja Phone yang hang mampu, baik buang ja.."Macam sial kan..Kita penat2 belik, dia bukan nak appreciate, support pun dak..Seyes macam gampang dia tuh..Mak aku pun x bleh harap, kita cerita kat dia, dia p cerita kat pak aku..boleh percaya betol..Aku kalau balik rumah kan Mal, mesti ada ja point nak cari pasal dengan pak aku..Sebab aku geram dan meluat dengan dia..Asyik perli aku, hina aku..Macam gampang jaa..Memang bab kasih sayang nih, dengan family zero r..dengan kawan semuanya

IKLAN SEBENTAR (SAPA2 NAK PI BANCUH KOPI KA, NESCAFE KA, DIPERSILAKAN)

Satu hari, nenek aku kat Kedah sakit..So, parent aku suruh tolong tengokkan..Ok r, setakat tengok tu, no hal punya..First week tuh, aku boleh r tahan lagi..Sebab parent aku bagi 100 ringgit..Tiba2, depa cut teros money aku..Aku tanya pasai pa?Sorang pun x gtau reasonnya..Aku tau dah, depa nak pedajal aku r..Memang mula2 aku sampai KL (KELANG LAMA) nih, mcm heaven r..Ada lagi nasi lemak 60 sen, roti canai 70 sen..Bes r aku kat sini. Duit member 2 aku dulu pun still ada..Dan bila semua duet aku habis, aku mula cari kerja..Hang tau Mal, kerja aku first kat sini, kat Market Kota Kenari, jual sayur..Aku dah lah x penah keja berat2..Tangan aku yang lembut dan licin macam sabun nih, mana penah angkut sayoq ari2..Pastu pulak, kena kutip sayur2 bertaburan dalam longkang..Susah oo hidup kat sini..Hang tengok kulit aku ni Mal (sambil menyinting lengan baju)..Beza kan..Dulu aku putih gila..Kalah orang Albino, sekarang nih, hang tengok, gelap gila kan..(penulis mengangguk sambil menghirup kopi panas)..Aku kan, bila balik malam2, aku akan menangis sorang diri dalam bilik..Mahu x nangis, hidup susah gila...Pastu, aku pun tukaq r kerja dari jual sayur kat market ke promoter kat shopping complex dan so on sampai lah aku kenal hang kat sini..Kalau kat KL, bab fesyen nih, senang ja...Orang KL ni ikut trend..Dulu memang lain orang lain trend..Dan depa akan pegang ideologi trend yang depa bawa..Tapi, sekarang x dak r..Kalau time tu trend emo, semua pakai emo..Nak cari true follower x dak dah..Setakat jenama2 terkenal nih, aku memang expert r..Imitation, replika, semua hang kena pandai kalau hang nak jaga standard kat sana walaupun semuanya ciplak..Dan, orang x kan pandang hang kalau hang pakai lawa2, tapi design tu actually x dak pun dalam internet..Memang totally ciplak dan modified..Biar pirate, asalkan design tu ada dalam dunia luar..Tapi, bila datang sini, susah r nak cari mcm tuh..Dah la mahal..Ye lah, sebab kedai yang jual barang branded ciplak dan designnya memang exist kurang..So, dengan gaji yang separuh dari gaji aku kat sana ni, aku pun try r bundle..Aku mai sini, baru aku kenal baju2 bundle nih..Tapi kan, dalam kesusahan ni Mal, ada hikmah yang Tuhan kasi kat aku..Hang tau tak, aku x pernah rasa kasih sayang dari orang yang ada darah daging dengan aku..Bila dok dengan nenek dengan atok aku, aku baru ada tempat untuk mengadu kasih..Baru aku tau, kasih sayang kawan dengan orang yang ada kaitan dengan kita amat2 lah berbeza. Ada satu ketika tuh, aku balik lewat, p keluar dengan kawan2..Aku kata kat tok dengan nenek aku suruh tidur dulu..Aku bawak kunci rumah..Hang tau tak Mal, bila aku balik dari rumah pukul satu, depa x tidor lagi..Depa tunggu aku Mal..Waktu tu, aku rasa macam nak nangis ja..Sebab x penah orang tunggu aku sampai lewat malam nih..Depa lah orang paling senang nak bercerita..Aku cerita habis r pasal belen aku, awek aku kat KL, dengan sapa aku kawan..semua aku cerita..Dan, walaupun tok aku asyik cerita zaman jepun dia..aku x rasa bosan.macam baru dengar ja cerita dia..Memang seronok..X lama pastu, nenek aku yang saki tuh meninggal..Aku la orang yang paling terasa sekali pemergiannya..Lepas kejadian tuh, parent aku panggil aku balik..Aku x mau balik r..aku kata biar susah kat sini, tapi aku bahagia..Ngko tau tak Mal, apa pak aku kata, "orang kampung pakat tinggal kampung hijrah ke bandar, dia dari bandar hijrah ke kampung"..apasal sengal btol bapak aku..orang tengah sedih, boleh dia cucuk aku lagi..biar r, aku x mau balik walau macam mana pun..Duk sana, even bahagia, walaupun sedikit pun aku x penah rasa..Bila dok sini, semua kebajikan aku terjaga..Ada orang nak tanya pasal makan minum aku, ada orang nak tanya tentang kesihatan aku, walaupun kesihatan mereka yang harus dijaga!! Kat sini lah aku mula kenal erti susahnya hidup, susahnya nak dapat duit walaupun spuloh sen..dan paling penting, aku belajar erti KASIH SAYANG..dok sana, walaupun byak lubuk emas..tapi, x bahagia..at least, kat sini ada gak orang yang ada pertalian darah dengan aku appreciate aku seadanya..BIAR KURANG HARTA, TAPI KAYA KASIH SAYANG..


Pak cik disini nak habaq mai..kita nih dah mula sedikit demi sedikit menerjah masuk ke satu alam yang lebih matanag, iaitu alam dewasa..Jadi kan, mcm2 lah benda yg perlu diuruskan SDN BHD..termasuklah kehidupan kita..Jadi, dengan corak yg telah dicoretkan oleh ibu bapa kitalah yg akan dibawa dan diperaga dalam kehidupan masyarakat..Maka, mari kita soal diri kita..Adakah corak kita itu disukai masyarakat atau tidak?


(P/S: Pak cik bukan nak memburukkan nama baik KL ek..jangan salah faham ek..yg terguris, I'm soriiii)

Saturday, June 11, 2011

GiLA mEROyAN

Salam kawan2..

Hari ni pak cik nak berkongsi tentang sedikit info tentang gila meroyan..Haha..Macam x dak kena mengena kan..Tapi, pnyakit gila meroyan ni pak cik experience sendiri tau..Bukan pak cik yang gila meroyan..Tapi, kucing pak cik yang ada sakit
nih..Selalunya, kita dengaq pnyakit nih jadi kat manusia lepas bersalin kan..Kucing lepas bersalin pun boleh kena gak tau..So, kepada cat lovers, berhati2 r noh dengan mak kucing yang baru lahirkan anak..Tapi, yang pak cik heran wal ajaibnya..Kucing pak cik ni still kena penyakit nih walaupun ni yang kelahirannya ke 6..rasanya lah yang keenam.Kucing mana kena buat family planning..HAha, besnya jadi kucing..Jadi, terdetiklah hati pak cik nak buat research sikit tentang pnyakit gila meroyan kucing nih..Dan, dengan info ini, pak cik harap anak2 boleh la buat sebagai panduan noh lepas nih...

Terdapat beberapa teori mengapa ibu kucing atau kucing jantan memperlaku perbuatan tersebut terhadap anak2nya sendiri.


Stress


Bunyi yang terlalu kuat seperti bunyi yang datang dari kedai memperbaiki kereta, renovate rumah, radio atau speaker yang kuat dan juga kehadiran kucing2 yang lain terutama kucing yang mengalami kitaran keinginan mengawan (heat cycle) boleh menyumbang keadaan stress kepada ibu kucing yang baru sahaja melahirkan. Seharusnya mereka di tempatkan di tempat yang agak sunyi dan sedikit gelap seperti di dalam kotak, di dalam bilik atau di bawah katil di mana mereka tidak mudah diganggu. Keadaan stress mampu membuat ibu kucing tidak waras (macam meroyan) dengan mencederakan anaknya sendiri.X sangka pakcik.Kucing pun boleh gak stress2 nih..


Deria Bau
Kadang2 kita terlalu mengawal kucing yang baru lepas melahirkan. Anak kucing yang baru lahir sebenarnya tidak digalakkan kita, manusia, kerap memegang atau membelai mereka. Ini adalah kerana ibu kucing mempunyai sifat ‘melindungi’ (protective) terhadap anak-anaknya. Deria bau mereka boleh mengesan perbezaan bau anak-anaknya dengan bau yang asing, yang diibaratkan mengancam nyawa anak-anaknya yang lain dan seterusnya boleh bertindak ‘membunuh’ anaknya yang berbau lain. Kalau orang kita, depa panggil mabuk tangan.

Tidak Cukup Zat

  • Ibu kucing sebenarnya boleh mengesan anak-anak
    nya yang lemah dan tidak mampu berjuang untuk hidup. Mereka bertindak membunuh anak tersebut kerana memberi peluang anak2nya yang lain hidup lebih baik kerana tidak perlu berkongsi susu dgn anak yang sakit; atau
  • ibu kucing itu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup, lapar dan kurang susu untuk diberikan kepada anaknya yang bersaiz besar atau, anak yang ramai atau tidak berupaya melindungi anaknya yang sihat!
Takut dan dalam usia muda

Terdapat teori yang menyatakan ibu kucing yang berusi
a muda terutama yang baru mencapai kematangan kali pertama (1st he
at) gagal mengawal emosi takut menghadapi pengalaman melahirkan dan menyusukan anak. Teori ini agak sukar diterima oleh pemilik kucing dan menjadi penyebab terakhir mengapa ibu kucing makan anaknya sendiri. Ini adalah kerana pemilik kucing itu sendiri menerima tamparan dan dipersalahkan kerana gagal memandulkan atau cuai menjaga kucingnya.


Tergugat
Teori ini dikatakan berlaku pada kucing jantan yang dominan. Kucing jantan berupaya menghidu bukan sahaja pada kucing dewasa tetapi jugak pada anak kucing yang boleh menjadi rival atau musuh kepadanya.

Kata orang tua-tua


Ni kata orang-orang tua mcm pak cik dan kawan2..haha..dah macam upin ipin dan kawan2 pulak..Kawan pak cik kata, kalau waktu kucing tu mengandung..Dan, kita mengeluh tentang kebajikan anak dia, seperti kita kata mana la nak letak anak dia,,sapa nak jaga anak dia..Jadi, mak kucing tuh akan rasa tersinggung..Jadi, dem
i menjaga hati tuan dia, dia makan lar anak dia..Boleh pakai ka teori terakhir nih?..Rasa2nya, boleh jadi gak se
bab setiap kali kucing pak cik mengandung, pak cik mesti aku termengeluh gak tentang anak2 dia..Rasa mcm bersalah gak..huhu..
Ni, salah satu anak kucing pakcik yang dimakan ma
k dia..Tak sempat pakcik nak selamatkan kepala dia..Boleh lawan KaRi NgEri pnya blog tak..haha..Mak dia makan mcm makan KFC woo..


Yang ni Pak Cik sempat bela dalam rumah..Tapi, 4 hari saja.Sebab, setiap kali pak cik bagi susu adik pak cik tuh, dia muntah dan cirit-birit..Kerana kesiankan dia, takut kelaparan, pak cik bagi la mak dia jaga. Dengan harapan, mak dia akan menyusukan dia..X sempat sejam, adik pak cik menjerit..Tengok2, putuih dah urat lehiaq kucing..Nasiib bek, baru putuih urat, x putuih kepala mcm anak dia yg kat atas...Sedih tol..

Apa2 pun..Inilah kitaran kehidupan makhluk ciptaan tuhan..Mcm mana lah seorang manusia kalau kena gila meroyan ni noh?..x kan dia makan kepala baby dia sendiri?..Hmm..Soklan ni, biaq kau Hawa ja yang menjawabnya..Haha..Takat ni ja noh..Nanti pak cik sambung dengan satu cerita realiti kehidupan manusia pulak..Ceritanya bertajuk

IroNi KehiDUpan di KL (Kuala Lumpur ) dengan KL (Kelang Lama)..haha..

Haha..dah mcm misteri nusantara pulak..wassalam..

Friday, June 3, 2011

UniVErsitI oh UniVersitI

Salam sejahtera kawan2..Hari nih pak cik nak berceghita tentang dilema budak2 lepasan matrikulasi, asasi dan yang sama waktu dengannya...Walaupun fasa kedua UPU telah ditutup, pak cik yakin dan percaya (ayat chepa..haha) yang kamu semua mesti dalam kerungsingan yang amat tentang course yag akan ditawarkan..Saspens menanti result UPU..haha..biasalah tuh..Dia ada macam2 dilema:
  1. DILEMA YANG PERTAMA (ANTARA IBU BAPA 1)
Aku ni dapat 4 flat..nak amik medic ka x mau ntah..tengok darah pun x lepas..tapi, orang tua aku suruh amik medic..lagipun, rugi r dapat 4 flat, x amik medic...tapi, aku nak amik cikgu..orang tua aku kata, "Minah, kalau hg amik doktor senang, kalau ada pa2 kecemasan..senang ada orang dalam..pening2
  1. DILEMA YANG KEDUA (ANTARA IBU BAPA 2)
Bapa:Tu lah hang Jenab..pak hantaq hang suruh mengaji lek lok kat matrik..hg p main..la ni tengok,,result pun x ckup nak sambung medic ka, dentist ka, engineer ka..nak masuk u hebat2 pown susah..

Jenab: adoi pak, cek mana lah mina
t benda2 nih..ok r nih pak..atas 3 pa..cek igt nak sambung bidang pelancongan ja...

Bapa: Hang gila Jenab, hg nak bagi anak hg makan pa?...toksah dok buat leceh


Jenab: pak aih, sapa kata orang dok medic ni kaya pak oi..tu cerita lama la pak

Bapa: Hang dah pandai melawan noh..
  1. DILEMA KETIGA (DIRI SENDIRI)
Aduih, pointer dah la rendah..survey satu course nih, peluang kerja x adalah..gaji sedikit lah..aku nak amik course apa r..pening2..pilih u cikai2 r..

ni adalah contoh tentang pa yang berlaku...bukan semua, tapi kebanyakan..antara desakan ibubapa, minat, kebuntuan mencari kebolehan diri dan macam2 lagi..semua ini menjadi satu bebanan kepada kita untuk menentukan masa depan kita..pak cik berani jamin, walaupun dah banyak ujian personaliti, ujian kecenderungan dan apa jua jenis ujian yang telah dijalankan oleh kaunselor masing, pakcik percaya pasti ramai yang masih belum jumpa tentang identiti dan kebolehan diri..betoi.ramai yang tanya pak cik (x ramai pown, x sampai 20 0rang)..weh dogoi, abe, hikmal, hg rasa course ..................... tu sesuai tak dengan aku..?pak cik pun x brani nak bagi komen..cuma bagi pendapat atas2 langit ja..bak kata artis2 kita, bagi jawapan selamat ja...haha..

Bagi pakcik, course apa yang kita dapat ni..teruskan sahaja..kita kena yakin dengan rezeki yang telah ditulis oleh Allah sejak kita dilahirkan di muka bumi nih..Kita harus berusaha menjadi seorang ilmuwan dan bukan terpelajar..apa dia ni pak cik oii..apa beza dia..bukan sama ka ilmuwan dengan terpelajar..mengarut r dogoi..haha..dia ni x sama oooo..ilmuwan nih datang daripada golongan terpelajar yang belajar ilmu itu dengan niat yang betul dan berani berhujah tentang perkara2 yang dirasakan tepat berdasarkan ilmu yang dibawanya..Golongan terpelajar ni cuma orang yang belajar ilmu dari orang2 yang terdahulu dan tidak mengaplikasikan sepenuhnya dalam hidupnya..Pak cik pun dok dalam golongan ni gak..haha..Jadi, bila kita dapat saja result upu tuh, terima sahaja dengan hati yang terbuka..Belajaq betoi2, kuasai ilmu tu betoi, x kan x serik lagi dah main2 dalam zaman pra-u..hahaha....mana tau, satu hari nanti kita bakal menjadi orang yang terpenting dalam course yang kita ceburi kerana usaha kita untuk menjadi golongan ilmuwan..Misalan, kita jadi orang paling penting dan sering menjadi rujukan dalam bidang kejuruteraan kimia ka, mikrobiologi ka, pendidikan ka..Jadi, u mana yang kita dapat, course pa yang kita terima, redha saja..

Kehidupan kita nih memang pada mulanya banyak pilihan untuk dinilai dalam menentukan masa depan kita yang kita ingini.











Macam dalam signboard kat atas nih...banyak btoi tempat yang boleh pi..haha

Tapi semakin lanjut usia kita, pilihan tu semakin lama semakin kurang dan akhirnya tinggal dua sahaja..
















Pilihan kita cuma ada kebahagiaan dunia atau kebahagiaan di akhirat.Bak kata Farith Ismeth Amir dalam Dunia di TV1, "RENUNG-RENUNGKANLAH".Ditambah pulak dengan Mr Saw dalam ceerita Saw, "The Choice is YOurs, Make Ur Decision"..Takat ni ja kot..penat aih pakcik nak menaip..salam semua..